
Sulit
4 tahun
Sabun sulfur pada seluruh badan
Saya pakai sabun sulfur sejak di rekemen oleh farmasi kerana masalah gatal2 di bahagian tangan.tapi saya guna untuk seluruh badan bila mandi.adakah berbahaya?kerana kulit di bahagian zakar saya mengering dan kulit tangan saya mula mengering…adakah ia kesan dari sabun sulfur?terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan sabun sulfur adalah:
- Kulit mengelupas
- Kulit kering
- Kulit menjadi merah
- Iritasi kulit
Anda disarankan untuk tidak menggunakannya kepada seluruh badan jika anda tiada apa-apa masalah kulit kerana anda telah mengalami masalah kulit kering. Anda perlu menggunakannya mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh doktor.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.