
Sulit
4 tahun
Sakat perut berangin
Saya mengalami sakit perut berangin dan menyebabkan samenguap rasa tidak lepas dengan kerap.saya telah menjalani endoskopi doktor menyarakan tiada masalah.akan tetepi saya msaih rasa tidak selesa pasa perut.saya dibekalkan klacid…daflon…dan controlac.apa puna kes seperti ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Oleh kerana anda telah berjumpa dengan doktor untuk endoskopi dan pemeriksaan lain, ubat yang diberikan adalah berdasarkan penilaian mereka. Anda digalakkan untuk bertanya tentang keadaan anda dengan lebih lanjut pada doktor yang memeriksa anda.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.