
Sulit
4 tahun
Sakit ari2 sebelah kiri walau pun tidak datang haid dan sembelit teruk
hai doktor… sy mengalami masalah sakit di bawah perut berdekatan ari ari sebelah kiri… tetapi sy tidak. mengandung… sy juga mengalami sembelit yang teruk sehingga memerlukan sy mkn ubat pelawas… apa ka punca ari2 sakit?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah sakit ari-ari sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- masalah batu sepenjang saluran kencing
- fibroid dan adenomyosis
- penyakit radang pelvis
- ovari terbelit (ovarian torsion)
- kehamilan ektopik
- kanser seperti kanser uterus dan kanser serviks
Terdapat juga sebab daripada saluran pencernaan
- penyakit radang usus
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- kanser usus (colorectal cancer)
Punca daripada sistem pencernaan boleh menyebabkan masalah sembelit juga.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.