Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit badan, pening dan letih

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 18, 2020 3:21 PM

Sulit 53 hari

saya kerap mengalami sakit belakang di bahagian pinggang, belikat dan sering mengalami lenguh seluruh badan. semasa mengalami ini, saya turut pening kepala. rasa tak larat. kenapa ye doktor?

Dr Sri Viknarajan 53 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  1. Otot belakang yang terseliuh
  2. Ketegangan otot belakang
  3. Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
  4. Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
  • Batu karang pada saluran buah pinggang
  • Masalah pada usus

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am tentang gejala yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 18 2020 15:21:19 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Sakit pinggang sebelah kanan bahagian hadapan sebelah bawah Saya wanita berumur 21 tahun menghadapi masalah sakit pinggang sebelah kanan bahagian hadapan di sebelah bawah. Tetapi masalah ini jarang berlaku kepada saya doktor cuma apabila sakit ini berlak… Baca lagi...
39 hari
Sulit
Sakit pinggang dan kebas kaki Hai dr, saya bekerja dalam bidang Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sakit pinggang/sakit perut Assalamualaikum Dr. Kelmarin, saya terasa sakit sgt di bahagian bawah perut dan terasa sakit hingga ke bahagian pinggang kanan (seolah2 ada saluran yg sakit dari pinggang kanan sehingga ke bawa… Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Sakit Pinggang ketika Hamil Saya wanita berumur 27 tahun dan sedang mengandung anak pertama 19 minggu. Berat saya 73 kg dengan ketinggian 161 cm. Saya ingin bertanya, adakah normal pada usia kandungan sebegini, saya sudah … Baca lagi...
51 hari
Sulit
Sakit di bahagian pinggang kiri Saya wanita berusia dalam 34 tahun. Sejak seminggu ini bahagian pinggang saya sakit jika mahu tunduk² terutama sekali waktu solat (rukuk)… dan kalau saya duduk terlalu lama akan menyebabkan ping… Baca lagi...
54 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi