Sulit
3 tahun
Sakit badan , sakit perut Dan sakit kepala sebelum period
Doc saya kalau 2minggu nk period mesti saya sakit perut ,sakit badan Dan sakit kepala doc Ada Tak nasihat Selain mengambil ubat than sakit saje?ia dikira normal ke?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit badan, sakit perut dan sakit kepala sebelum haid boleh disebabkan oleh kesan atau gejala disebabkan oleh perubahan hormon sewaktu perubahan kitaran haid.
Antara perkara yang boleh dilakukan anda untuk mengurangkan gejala tersebut ialah:
- Meletakkan pad pemanas
- Meletakkan botol mengandungi air suam pada perut yang terjejas
- Menggunakan ubat tahan sakit yang diberikan doktor
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.