
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian bawah pusat datang secara tiba tiba
Assalamualaikum & salam sejahtera. Saya berumur 18 tahun. Saya sering rasa sakit pada bahagian bawah pusat. Sakit tuh bukan selalu kadang kadang. Tapi harini sakit dia tuh melampau sangat sampai membuatkan saya menangis. Saya baru siap study student form5 2020 . Now,tengah exam SPM. After saya study, saya nak bangun dia sakit sangat2 , bila bangun pun sakit , so saya berjalan bongkok untuk hilangkan kesakitan tetapi masih sakit. Kerap kali saya kene. Dalam kelas tengah belajar pun dia akan datang dengan tiba tiba saya tak tahu puncanya. Time dia sakit tu memang menganggu aktiviti saya. Saya tidak boleh lakukan sebarang aktiviti semasa sakit. Saya harap doktor boleh jelaskan kepada saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Hindari sakit perut daripada mengganggu aktiviti harian anda
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit bahagian bawah perut. Untuk makluman anda, gejala sakit bawah perut pada wanita adalah disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- sindrom premenstruasi
- endometriosis
- kehamilan
- cyst ovari
- fibroid rahim
- kanser ovari
- kanser pangkal rahim
- kehamilan ektopik
- penyakit radang pelvis
Selain akibat masalah reproduktif wanita , sakit perut juga boleh berpunca daripada masalah saluran kencing dan s aluran pencernaan atau usus.
Anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala tambahan seperti:
- tidak upaya untuk kentut
- kemuntahan yang terlampau
- demam
- muntah darah
- najis berdarah
- discaj faraj yang tidak normal
- sakit perut yang semakin teruk
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih