
Sulit
3 tahun
Sakit bahagian depan tulang rusuk kiri
Saya wanita berumur 21 tahun sering berasa sakit pada bahagian depan rusuk kiri sehingga menyebakan saya kurang selesa. Kadang kala sakit tersebut datang secara tiba-tiba sehingga menyebabkan saya terkejut dan berasa pedih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
1, Serangan jantung
2. Perikarditis
3. Aortic dissection
4. Pedih ulu hati
5. Costochondritis
6. Kecederaan tulang rusuk
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor