
Sulit
4 tahun
Sakit bawah perut dan ada masalah keputihan
Salam, saya pelajar umur 23 tahun. Sejak 2 bln lepas, saya selalu rasa sakit bawah perut dan keputihan yang tidak normal. Keputihan jenis lendir yang hampir tiap jam akan keluar dan buatkan sy rasa tidak selesa. Sy dah 3 kali cek prgi klinik dn hanya diberitahu jangkitan kuman. Tapi, lepas sya period bulan ni, (29/9-5/10), dua hari terakhir period sya hanya darah coklat pekat dan kekadang mcam warna hitam. Pada malam hari 5&6/10 kaki kiri sy akan rasa kebas mula dari paha smpai ke tapak kaki. Boleh tolong terangkan kenapa? Adakah ini bahaya atau hanya perkara biasa?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah kegatalan dan keputihan jernih yang diperihalkan mungkin boleh disebabkan oleh penyakit yang perlu dibimbangkan ataupun tidak. Namun pada biasanya, keputihan jernih merupakan salah satu rembesan normal yang berlaku pada ketika waktu kedatangan haid yang dikawal oleh hormon Estrogen wanita. Pada biasanya keputihan normal adalah tidak berbau, cair, tidak melekit dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika sebaliknya, ia merupakan keputihan yang berpunca daripada beberapa penyakit seperti:
- Alahan pada kulit kelamin seperti Contact dermatitis yang boleh disebabkan oleh pemakaian sabun yang salah atau kain yang mempunyai bahan alahan.
- Jangkitan yis
- Jangkitan bakteria
- Keradangan pada vagina
- Jangkitan HIV
- Syfilis
- Jangkitan kulat seperti Candidiasis .
- Jangkitan STD yang lain yang perlu diketahui lebih lanjut.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Secara khususnya, setiap warna keputihan mempunyai punca-punca jangkitan yang berlainan. Contohnya, jangkinan kulat selalunya akan menyebabkan keputihan berwarna kuning atau hijau.
Namun, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan lebih lanjut sebelum mendapatkan rawatan antifungal yang anda perihalkan tadi bagi mengelakkan perkara ini menjadi lebih teruk akibat rawatan yang salah. Terdapat juga kemungkinan bahawa masalah anda adalah disebabkan oleh alahan semata-mata.
Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh dijelaskan yang berkait dengan masalah sakit perut iaitu:
- Masalah pada ovari seperti penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur serta sakit yang diperihalkan di atas.
- Masalah salur buah pinggang sama ada batu karang, keradangan, atau jangkitan kuman yang boleh menggangu pembuangan air kecil.
- Ketegangan otot perut yang boleh disebabkan oleh kecederaan atau keletihan.
- Masalah usus seperti keradangan (IBD), ketumbuhan ruang angin pada dinding ( Diverticulosis ), tersumbat dan juga kanser usus.
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Penyakit keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STD ( Sexual transmitted disease ) ataupun jangkitan UTI ( Urinary tract infections )
- Masalah buah pinggang seperti rosak atau keradangan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.