Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit bawah perut dan brlaku pncairan darah

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 13, 2020 7:47 AM

Sulit 59 hari

Saya selasai datang haid,nmun stelah itu dlm 3 hri sy mengalami sakit bawah perut seperti sengugut… Tak lma kmudian telah keluar cairan coklat putih cmpur darah… Ini sangat merisaukn kerana baru pertama kli menghadapi ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 59 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah spotting (keluar cecair coklat) ini boleh disebabkan oleh banyak sebab. Antaranya:

  • Pendarahan implantasi kehamilan

  • Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi

  • Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak

  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim

  • Perimenopaus

  • Tisu endometrium

  • Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed May 13 2020 07:47:13 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Darah seliputi keputihan hai doc, sy berumur 28 tahun, belum berkhwin, saya ingin mengetahui sebab ,darah berseliputi keputihan selalu keluar sebelum atau selepas datang haid, bila saya penat, buat aktiviti terlalu lama… Baca lagi...
45 hari
Sulit
Spotting / pendarahan bukan waktu kitaran period Salam sejahtera doc, saya berumur 28thn dan telah berumah tangga. Beberapa hari kebelakangan ini sy mengalami pendarahan yg berwarna coklat. Period sy yg terakhir 22/4-27-4. Seminggu slps itu sy… Baca lagi...
2 bulan
mayaanatasyaa
Keluar darah coklat sedikit selepas seminggu habis haid saya risau sebab seminggu lepas habis haid, ada darah coklat keluar. mengapa ini terjadi? saya risau akan hal kesihatan lain. ini pertama kali saya perasan. apa patit dsaya buat? Baca lagi...
23 hari
Sulit
Masih ada spotting selepas 5 hari habis period Saya dah period pada 30/4/20-5/5/20 dan start dari 30/4/30 juga sy ambil pil perancang.Tetapi semalam 10/5/20 sy dapati ada spotting warna coklat gelap pada panties,hari ni pun still ada.Adakah … Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Darah seminggu selepas haid Saya wanita berusia 24 tahun. Mengalami keguguran pada minggu ketujuh 2 bulan lalu. Haid kembali teratur tetapi selepas seminggu haid pada cycle kedua, berlaku pendarahan. Rasa sakit tidak seles… Baca lagi...
54 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi