
eiryn44
5 tahun
Sakit bawah perut pregnancy 30wk
Hi doc… Sy pregnant 30wk… 2 hari lepas sy ada angkt brg berat… Now sakit sgt pada bawah perut lebih2 lg sbelah kiri… Tp bila check utk UTI, sy ok je… Xde kencing kotor… Adakah peranakan sy sedikit turun? Kalau turun boleh pergi berurut? Sy risau kan kandungan saya… Dn sekarang baby kerap mengeras dan rasa tegang atas perut tetapi tiada kluar lendir atau darah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penguncupan Braxton hicks
- Tanda-tanda bersalin awal (gejala berkaitan bilangan kontraksi dan tahap kontraksi, sakit belakang dan sakit kaki, pecah air ketumban)
- Masalah anggota di bahagian bawah perut kanan; radang appendiks, penyakit radang usus (Inflammatory bowel disease), masalah ovari (Ovarian cyst)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.