manira2206
6 tahun
Sakit bawah punggung
Saya berumur 46…kini mengalami sakit di bawah rngka punggung…sehinggkan pergerakn tu berjlan terbatas…apa kah ia terlibat dgn slipdick…tp belakng saya tk ada rasa pun sakit…hnya di bawah punggung…kasiktan itu telah menular ke pgkal poha dan kebas sampai ke kaki…apakh pnykit saya itu sebenarnya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit bawah punggung yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Slipped disc
- Spondyloliesthesis
- Spondylitis sejenis masalah sendi tulang belakang
- Muscle strain tulang belakang
Seandainya gejala ini telah berlangsung sehingga menganggu pergerakan dan rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Sebetulnya masalah tulang dan otot adalah masalah yang sukar dinilai dari mata kasar. Justeru, adalah dianjurkan untuk bertemu doktor pakar tulang (Ortopedik) agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut seperti scan, X-ray dan lain-lain. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























