
Anonymous
4 tahun
Sakit belakang atas punggung
Saya wanita 41 thn. 2minggu lps sy mengalami Sakit belakang yg am at sgt sampai x boleh bangun. Kalau bangun saya akan Sakit dan x boleh membengkokkan badan. Seminggu kemudian beransur pulih tp sy mkn pain killers dan muscle relaxant.
Bila saya x Makan ubat thn Sakit dan muscle relaxant tu saya akan berasa Sakit. Adakah itu normal? Sy x pergi ke hospital cuma mengambil ubat saja. Tq doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pertama sekali, sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi kami. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Saya akan terangkan dengan sejelas mungkin penyebab - penyebab sakit pinggang.Antaranya ialah :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
Untuk makluman pihak anda,adalah tidak disarankan untuk anda mengambil ubat tahan sakit dan ubatan lain tanpa pengawasan doktor oleh sebab ia mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.