
Sulit
4 tahun
Sakit belakang dan lenguh dan kebas tangan dan kaki
Saya lelaki berumur 20 sakit belakang dan terasa tegang di leher dan mempunyai rasa lenguh dan kebas di kaki dan datangan dan tak dapat kawan kencing ade kah saya terkena slip disc

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh untuk pergi ke mana-mana pusat rawatan seperti bahagian kecemasan untuk mendapatkan rawatan.
Antara simptom kecemasan yang peru dititikberatkan berkenaan dengan slipped disc adalah sepertu berikut:
- Demam
- Tidak boleh mengawal kening atau berak
- Sakit bertambah
- Tidak boleh berjalan
- Terasa kebas pada bahagian dubur
- Berpeluh malam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.