Sulit
5 tahun
Sakit belakang dan letih satu badan
saya mengalami sakit belakang dah smggu… badan sakit2 dan cepat letih… sehari dua ni plk sejuk mggigil dan sakit nak menelan…adkah ini jangkitan covid? sbb saya ada pergi ke kedai yg staff positif covid baru2 ni… nk pg spital skang layan xlayan je kalau xtruk sgt…
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini terutama pada musim pandemik ini.
Gejala yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk mengawasi dan memantau keadaan anda terlebih dahulu. Sekiranya anda mengalami gejala di atas, anda haruslah segera berjumpa dengan doktor atau mendapat ujian saringan di hospital/klinik berdekatan untuk kepastian. Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Gejala sakit belakang yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang
- Masalah cakera tulang belakang - seperti “Slipped disc”
- Jangkitan tulang belakang - seperti oleh tibi
- Masalah buah pinggang - seperti keradangan, batu karang, jangkitan kuman
Kami di DoctorOnCall juga menyediakan khidmat ujian COVID19 dari rumah anda. Klik link ini untuk maklumat lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































