mizyati004
5 tahun
Sakit belakang di bahagian pinggang
Hai saya yati…baru2 ni sy ada buat x ray di bahagian belakang pinggang saya…bila x ray…ada sedikit tulang terkeluar…kata dr tersebut tulang tu terkeluar sedikit sahaja…dia ada berikan ubat kt sy panadol dan pain killer dan juga ubat sapu…Dr tu ckap x perlu risau…masalahnya skrg ni saya mengalami kesakitan lagi dan apabila batuk bersin duduk akan menimbulkan rasa kesakitan…jadi boleh tak tolong nasihatkan saya apa yang saya perlu lakukan lagi?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami tidak boleh untuk mengulas lebih lanjut berkenaan dengan keadaan tulang belakang anda kerana kami tidak melihat X-ray tersebut. Namun harus diingat bahawa terdapat punca lain yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Sebagai contoh:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
- Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
- Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
- Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
- Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
- Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Jika anda rasa sakit anda bertambah buruk, kami mencadangkan agar anda berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































