Sulit
2 tahun
Sakit bila bersama ketika suami menekan kedalam selama ni tak sakit pun bila ditekan adakah mungkin saya ada masalah dalaman
saya berusia 25thun saya dan suami sedang berikhtiar ingin mendapatkan zuriat selepas seminggu habis period kami bersama bila suami menekan kedalam terasa sakit dan air mani lelaki keluar balik yang sangat banyak adakah tu masalah dalaman ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit ketika bersama suami. Untuk makluman anda, sakit ketika bersama atau dikenali sebagai dyspareunia boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Keadaan faraj yang kering
- Jangkitan kuman seperti kulat atau jangkitan di saluran kencing
- Trauma di dalam faraj akibat bersalin atau lain lain
- Keradangan faraj
- Sista (cyst)
- Penyakit keradangan rahim (PID)
- Fibroid
Setiap kondisi di atas memerlukan pemeriksaan lanjut di klinik. Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Selain itu, air mani yang meleleh keluar tidak menandakan bahawa ianya tidak mengalir ke ovari. Air mani yang meleleh keluar juga boleh di lihat sebagai perkara yang positif kerana bermakna, air mani yang masuk sudah mencukupi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih