
Sulit
3 tahun
Sakit dada akibat kayap
Kawan saya ada terkena kayap di bahagian belakang badan. Kayap itu telan dipecahkan dan dia ada sapu krim yang dibeli difarmasi…
Persoalannya, sekarang dia kerap sakit dada bahagian bawah tulang rusuk. semakin lama semakin sakit… apakah yang patut saya lakukan selain ke hospital. atau ini normal bagi yang terkena kayap…
Adakah dia boleh divaksin dos ke2 utk covid. atau dia kena tunggu dulu…
terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala kawan anda mengalami tersebut, kerap sakit dada bahagian bawah tulang rusuk boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit jantung iskemia
- Penyakit pada sistem pernafasan, paru-paru
- Kecederaan atau keradangan otot
- Penyakit tulang rusuk (keradangan, kecederaan atau jangkitan)
- Komplikasi kayap (sekiranya virus tidak dihapuskan sepenuhnya) - jarang, namun boleh terjadi
Sebaiknya kawan anda merujukkan masalah ini kepada doktor, menjalani sebarang periksaan dan penyelidikkan dahulu, ketahui punca penyebab gejala dia dan minta kelayakan untuk terima suntikan vaksin covid. Selain itu, rancangan rawatan yang sesuai hanya dapat diberikan sekiranya kami mengetahui penyebab gejala kawan anda.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.