Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit dada bahagian kiri bawah dada

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: November 18, 2021 10:59 AM

Sulit 59 hari

Hi dr. Saya wanita dan berumur 15 tahun . sejak kebelakangan ni saya sering sakit dada dan sukar untuk tarik nafas dengan dalam , ia juga sering berlaku ketika saya baring di katil . Sakitnya seperti dada saya ditusuk . Kadang kala ia membuatkan saya sukar untuk ketawa dan bernafas .

Dr Sashini Seeni 59 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakut dada dan sukar untuk menarik nafas dengan dalam yang sering juga berlaku ketika anda baring di atas katil. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.

Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:

  • Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
  • Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
  • Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
  • Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
  • Serangan jantung
  • Gangguan emosi

Antara tanda-tanda jika seseorang sedang mengalami masalah jantung adalah seperti berikut :

  • Sakit dada seperti dihempap
  • Peluh berlebihan
  • Sakit pada bahu kiri dan rahang bawah kiri
  • Palpitasi
  • Sesak nafas
  • Mual / loya
  • Sakit pada bahagian atas tengah perut (seperti sakit gastritis)

Sakit dada juga boleh menjadi tanda-tanda masalah keresahan (anxiety) dan sering ditemani oleh gejala seperti berikut :

  • ‘Restless’ atau perasaan seperti ‘on-edge’
  • Keletihan
  • Kesusahan konsentrasi
  • Gangguan emosi (seperti senang berasa marah)
  • Kesukaran tidur
  • Ketegangan otot
  • Jantung berdear-debar

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat serta rawatan yang sepatutnya.

Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Jantung

Dikemaskini pada: Thu Nov 18 2021 10:59:30 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Jantung/Kardiologi tentang sakit dada secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19