Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit Dada Bahagian Kiri Dan Tengah

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Oktober 18, 2020 1:56 AM

Sulit 4 hari

Saya berumur 24 tahun. Sejak kebelakangan ini, dada saya kerap rasa sakit dan mencucuk-cucuk selama 1-2 minit di sebelah kiri dan bahagian tengah. Pada awal bulan 3, saya ada pergi ke klinik kesihatan dan bacaan jantung dan paru-paru saya normal. Apakah penyakit yang ada simptom sakit dan mencucuk-cucuk bahagian kiri dan tengah yang mungkin saya ada? Dan apa solusinya?

Dr Sashini Seeni 4 hari
General Practitioner

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit dada.

Untuk makluman anda,sakit dada adalah satu tanda di sebalik penyakit lain. Ian boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti:

  • Penyakit kegagalan jantung terseumbat ( Congestive Heart Failure )
  • Sindrom akut koronari ( Acute coronary syndrome )
  • Jantung bengkak
  • Keradangan pada jantung yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau demam reumatik
  • Penyakit hati atau kegagalan hati (badan akan kekuningan)
  • Salur darah paru-paru tersumbat ( Pulmonary embolism )
  • Penyakit darah tinggi atau kencing manis
  • Salur darah kaki tersumbat ( Deep vein thrombosis )
  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit jantung dari lahir seperti jantung berlubang

Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.

Sakit yang anda alami boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan. Saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital sekali lagi untuk pemeriksaan oleh Doktor. Sekiranya sakit ini berlanjutan, ia adalah tanda kepada penyakit yang kronik dan serius.

Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun Oct 18 2020 01:56:01 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Jantung/Kardiologi tentang sakit dada secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Sy berasa tak selesa dkt dada Sy berasa tak selesa dkt dada…skjp2 terasa sakit dada…bila tarik nafas tercunggap2 knp ye dktr…sampai skrg tak selesa dada…bila tarik nafas tercunggap2… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Sakit dada kanan ketika mengiring ke kanan Hi doktor, saya wanita berumur 20 tahun. Saya mengalami sakit dada kanan hanya apabila saya tidur mengiring ke kanan. Ketika ketawa juga sakit dada kanan akan menjelma. Sakit dada kanan juga say… Baca lagi...
33 hari
Sulit
Sakit dada dn sesak nafs Sejak akhir2 ini,sy sering sakit dada dn sesak nfs…sy juga mnpunyai pnyakit tiroid…apakh pnca sakit dada dn sesak nfs sy?adakh dia brpunca dr pnyakit tiroid ataupun sbaliknya? Baca lagi...
11 hari
Sulit
Sakit dada tengah dan kerongkong rasa kering Saya seorang ibu yang baru melahirkan 5 bulan lepas…saya berasa tidak selesa pada bahagian dada tengah selama 4 hari tetapi hanya beberapa minit sahaja dan sekarang saya merasa kerongkong sya se… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Selalu sakit dada tanpa tidak tahu sebab Bila sakit dada seluruh badan menggeletar dan terasa pening pening sakit ni datang semenjak saya berusia 17tahun lagi dan simtom tu masih ada smpai skrg dan belum pulih akan tetapi sakit tu data… Baca lagi...
2 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!