
lola.loli95
5 tahun
Sakit dada, batuk setelah pulang dari petaling jaya. Sakit di bahagian dada sesekali sukar bernafas
Hi doctor, saya perempuan berusia 25 tahun.
Saya ada sejarah perjalan ke daerah petaling jaya pada 5 mac 2020
5 hari selepas pulang dari sana iaitu pada 10/03/2020 Saya ada simptom2 batuk, berkahak dan sakit tekak. Sesekali ada berair di kawasan hidung.
Hari ke 7 . 12/3/2022 Sakit tekak sudah tiada. Tapi timbul sakit di bahagian dada bila menarik nafas sedikit sakit . Suhu badan 36.6
Hari seterusnya . Ada sedikit sakit dibahgian dada dan sering sakit kepala.
Hari ini 17/07/2020 sakit dada untuk menarik nafas sangt kuat dan sakit kepala begitu kuat. Batuk dan sakit tekak.
Sepanjang gejalan ni . Suhu 36.0 - 36.9 sahaja
. Patutkan saya pergi ke hospital atau klinik kesihatan untuk screening covid 19? Ada

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk pertanyaan anda. Saya memahami kebimbangan anda. Berdasarkan simptom batuk dan sakit dada yang anda alami. Bagi menganalisa risiko jangkitan COVID-19, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala sakit dada dan batuk yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Gastroesophageal reflux disease
- Keracunan makanan
- Masalah gastrik
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini