
Sulit
3 tahun
Sakit dada belah kiri dan sakit ulu hati serta bahu belah kiri
Assalamualaikum doktor/salam sejahtera saya lelaki berumur 37 tahun belum kahwin. Saya selalu sesak nafas dada rasa ketat serta macam dihimpit dan pernah dimasukkan ke hospital 2 kali selang seminggu. Bacaan ecg saya ketika itu tak normal saya sering sakit pada ulu hati dan bila makan ubat gastric serta gaviscon sakit tak hilang adakah sakit saya ni berkaitan dengan jantung. Saya juga kerap sakit kepala pening macam berpusing dan seluruh badan saya lemah mcm nak pitam. Ketika saya di hospital dalam wad bacaan ecg dan xray menunjukkan jantung saya normal pula berbanding di klinik kesihatan sebelum ni saya jadi keliru adakah saya Normal atau sakit jantung saya risau kerana sepupu saya juga kena serangan jantung dan meninggal secara tiba2 sebelum ni dia cek jantung normal

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami keresahan dan ketidakselasaan yang anda alami akibat dari sakit dada, sakit ulu hati serta bahu sebelah kiri. Anda juga sering mengalami sakit kepala, sesak nafas dan rasa dada ketat macam dihimpit. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala sakit dada & ulu hati yang disertai gejala tambahan seperti sakit kepala, sesak nafas dan dada terhimpit, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- GERD
- gastrik
- penyakit asma
- ketegangan otot
- serangan panik
Namun begitu, sakit dada yang berat juga boleh menandakan gangguan yang lebih serius serta memerlukan bantuan segera seperti
- penyakit jantung
- jangkitan paru-paru
- ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.