Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit dada di bahagia dada kiri

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 23, 2020 8:17 AM

Sulit 13 hari

Saya berumur 20 tahun, namun saya sering kali rasa sakit di bahagian dada kiri secara mengejut. Rasa sakit seperti menusuk tepat2 di bahagian jantung, tetapi setelah sy membuat pemeriksaan di klinik, jantung elok, xray semua okay, contoh rasa sakit saya alami ialah seperti tengah memandu kereta, semasa saya membuat aktiviti menggunakan dumbell, ada juga ketika saya baring nak tidur rasa sakit menusuk itu dtg tiba2, boleh dr tolong saya untuk kenal pasti penyakit saya ini dr. Saya amat risau sekarang

Dr Sashini Seeni 13 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
  • Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
  • Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
  • Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
  • Serangan jantung
  • Gangguan emosi

Sebaiknya yang dilakukan adalah memeriksakan diri ke doktor dan bincangkan riwayat kesihatan anda seperti makan ubat darah tinggi dan kolesterol tinggi yang dikhuatiri cenderung ke masalah saluran darah. Selain itu, adalah digalakkan untuk mengamalkan yang berikut bagi mengelakkan perburukan penyakit:

  • Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
  • Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
  • Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan serangan jantung adalah tinggi

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 23 2020 08:17:22 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Sakit Dada Dan Sukar Bernafas Pada Waktu Malam SAHAJA hi , saya berumur 20 tahun pada tahun ini , saya selalu mengalami sesak nafas dan sakit dada seperti ditekan tekan dada ini sejak saya tingkatan 5 lagi, sakit ini tidak datang secara kerap , tet… Baca lagi...
13 hari
Sulit
Sakit dada,cemas dan gastrik Hai doktor. Saya seorang wanita berumur 20 tahun ,saya sering cemas dan stress memikirkan tentang perkara yang masih belum berlaku.Saya juga kerap sakit dada serta tegang dada dan rasa seperti n… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Sakit dada kiri ketika tertawa dan batuk hampir 2 bulan lebih Saya berumur 22 tahun saya mengalami batuk hampir 2 bulan lebih dan sehingga kini . Dan beberapa hari lalu saya merasa sakit dada bahagian kiri ketika tertawa . Apa perlu saya lakukan ? Dan apak… Baca lagi...
19 hari
Sulit
Sakit dada, tidak batuk tidak selesama tidak sikit bernafas adakah berkaitan dgn covid Saya lelaki berumur 27 tahun. Saya tidak demam, tidak selesema, tidak batuk dan tidak mengalami kesukaran bernafas. Tetapi saya sering rasa sakit dada. Saya ada kesukaran utk tidur malam sejak b… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Sakit depan dada blkg n lengan Saya lelaki umr 37…sakit dkt tgh dada n trus kebelakang…dh 2 mggu…dh check ecg…normal…mkn ubat urat n tahan sakit,lega…tp lps 8 9 jam akan sakit balik…adakah tiroid atau sakit2 lain…mohon dokter… Baca lagi...
17 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi