
cameliathomas252
5 tahun
Sakit dada di bahagian tengah dan kanan
Saya gadis yang berumur 18 tahun dan saya mengalami sakit dada di bahagian tengah dan kanan selama 5 hari berturut-turut.Hari pertama adalah lebih teruk daripada sekarang.Saya tetap berasa sesak untuk bernafas walaupun sedang berehat.Rasa sakit itu merebak ke bahu dan lengan kanan serta di bahagian belakang.Hari pertama saya mula kena,saya berasa loya tapi tidak berasa pitam.Saya juga berpeluh sedikit walaupun saya berasa sejuk.Saya juga hilang selera makan selama ke lima hari ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan paru-paru
- Costocondritis (Keradangan tulang rusuk)
- Penyakit jantung (Walaupun jantung terletak di sebelah kiri, tetapi kadang kala kesakitan akan berlaku di sebelah kanan. Ada juga individu yang jantungnya di sebelah kanan.)
- Anemia (Masalah kurang darah yang menyebabkan kesesakan nafas kerana badan tidak mendapat oksigen yang secukupnya).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana ia telah mengganggu aktiviti seharian anda Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.