Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit dada disebelah kiri

Dijawab oleh: Patient Care Consultant

Dikemaskini pada: Mei 24, 2019 12:50 AM

Anonymous 12 bulan

Saya wanita berumur dalam 20’an,mempunyai berat badan 57kg dan 153cm. 2 hari lepas dada saya selalu sakit, dan jika saya mahu bernafas, terasa seperti tersekat-sekat. Dan sakit itu juga menyebabkan jari saya terasa kebas

Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.

Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada sebelah kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.

Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal

Rasa sakit dada di sebelah kanan mempunyai terlalu banyak penyebab yang berkaitan dengan jantung dan sebaliknya. Di bawah adalah senarai penyebab yang serius:

  • Serangan jantung/sakit jantung
  • Angina
  • Radang jantung

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

Dikemaskini pada: Fri May 24 2019 00:50:53 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Sakit dada namun pernafasan normal dan batuk bukan jenis yang berterusan dan ada kahak Saya lelaki b’umur 28 tahun… Saya seorang perokok dan saya juga on medication utk darah tinggi 2 tahun lalu (2017)… Sejak dari 24 May lalu saya mula batuk ketika malam apabila saya hendak tidur … Baca lagi...
8 hari
Sulit
Sakit dada & sesak nafas hi doktor. saya mengalami muntah-muntah dan dan telah pergi ke klinik semalam. doktor telah bagi saya ubat magnesium trisilicate,hyoscine n-butylbromide dan metoclopramide hcl. Hari ini gelaja m… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Dada sebelah kanan kurang selesa setiap kali makan makanan pedas Dah hampir seminggu ni setiap kali saya makan makanan yg pedas dada sy sebelah kanan terasa macam dicucuk dan perlu disulam dgn air baru lega… tetapi jika makan yg xpedas xde pulak sakit…kenapa … Baca lagi...
10 hari
Sulit
Bengkak di dada belah kiri Salam sejahtera doc ayah saya berusia 73 tahun. Dia mengadu rasa bengkak di bawah dada kiri dan sakitt apakah puncanya? Baca lagi...
5 hari
Sulit
3 minggu lepas saya ada buat ecg dan xray sbb jantung saya laju dan nafas saya laju tapi result dua2 normal jadi doktor bagi ubat gastrik dan ubat angin sbb kerap sendawa salam, saya perempuan umur 22 tahun. saya seorng pelajar. dalam 2 hari ni saya bangun tidur rasa dada berat dan nafas pendek. lepas yg 3 minggu saya buat ecg dan xray tu saya berjumpa doktor lag… Baca lagi...
15 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi