Sulit
2 tahun
Sakit dada, Jantung berdenyut Laju, pening kepala, dan sakit sendi
Saya lelaki berumur 33 tahun baru mendapatkannya suntikan Vaksin sinovac, selepas suntikan Dos ke 2, selang dua hari saya berasa kesukaran untuk bernafas, sakit dada di bahagian kiri, denyutan Jantung juga pantas , apabila batuk, teras saingan sakit di dada, selain itu badan saya jua sakit sendi di beberapa bahagian seperti bahu, tulang rusuk dan tulang leher, dan apakah yang patut saya lakukan, boleh kah saya mengambil ubat paracetamol dan chlorpeniramine?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda nyatakan sememangnya selari dengan kesan sampingan vaksin Covid-19. Menurut Centres of Disease Control and Prevention (CDC), pengambilan setelah suntikan, atas arahan doktor untuk mengurangi gejala kesan sampingan, adalah dibolehkan. Kesan sampingan suntikan kebiasaannya hanya sementara iaitu beberapa hari untuk sembuh dan hilang.
Chlorpeniramine adalah sejenis ubat alahan anti-histamin. Ia juga selamat diambil selepas vaksin Covid-19.
Namun, jika kesan sampingan ini semakin teruk sila rujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini