
Sulit
4 tahun
Sakit Dada Ketika Menguap
Salam Sejahtera Doktor. Saya berusia 26 Tahun . Berkahwin anak Seorang berumur 5Bulan.
Soalan saya kenapa saya sakit dada Sebelah Kiri Ketika Menguap atau mengeliat . Ketika bekerja Rasa sakit tiada, cuma bila ditekan Rasa sakit macam tekan tempat Yang bengkak.
Saya Seorang perokok anggaran rokok Dalam 10 batang sehari Dan saya juga tengah usaha Untuk berhenti.
Saya Seorang perniaga tepi jalan. Bekerja bawah Cahaya matahari Dan banyak berfikir.
Adakah ini tanda saya menghadapi sakit jantung …
Ayah saya Ada sejarah sakit jantung kerana merokok juga.
Harap Doktor boleh bagi Bantu saya.
Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbagan anda tentang masalah yang anda alami iaitu sakit dada sebelah kiri ketika menguap atau menggeliat. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Gangguan emosi
memandangkan anda adalah seorang perokok, anda berisiko untuk mendapat masalah kesihatan yang lebih serius dan menyebabkan gejala sakit dada ini seperti:
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah sakit dada yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik link ini untuk konsultasi doktor bagi BERHENTI MEROKOK secara PERCUMA!