
zahrafateh85
5 tahun
Sakit dada kiri, berdebar dan berpeluh
Sy wanita berumur 34 thn.sy selalu sakit dada,berdebar dan kdgkala sesak nafas.Bila datang simpton berkenaan sy akan berpeluh.sejak akhir2 ini sy jg tdk blh berasa panas.sy jg tdk blh mengangkat barang berat kerana sy akan rasa sakit dada dan berdebar.Rasa sakit itu sekejap dan bila saya rehat dan tenangkan diri ia jadi ok.rasa sakit tu kdg2 datang tanpa sy buat apa2.sy ada berjumpa dr pakar jantung dan telah buat ujian echo dan stress test.tetapi stress test itu setakat stage 3 sebab sy x larat.namun berdasarkan ujian echo dan stress test itu dr bagitau tiada apa2 yg perlu dibimbangkan.Namun sakit itu kdg2 akan terjadi lg.Sakit dan rasa seperti hendak pengsan.Ujian apa lg perlu sy lakukan untuk mengesan enyakit saya.Mohon pencerahan doktor.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada sebelah kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.
Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal.
Terdapat beberapa punca yang boelh menyebabkan berlakunya hal ini .Antaranya ialah:
- Angina
Angina adalah istilah gejala kesakitan atau ketidakselesaan di tengah-tengah atau sebelah kiri dada ketika membuat sesuatu aktiviti fizikal dan reda apabila berehat atau berhenti membuat aktiviti fizikal tersebut. - Serangan Jantung
- Serangan jantung berlaku apabila bekalan darah ke jantung tiba-tiba terganggu, biasanya oleh bekuan darah.
- Perikarditis
- Ini adalah keradangan kantung yang mengelilingi jantung. Ia biasanya menyebabkan rasa sakit yang tajam yang menjadi lebih teruk apabila anda bernafas atau ketika anda baring.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.