Sulit
3 tahun
Sakit dada pada bahagian kiri selama 3 minggu sama ada waktu aktif atau tidak aktif bergerak
Saya berumur 24 tahun dan mengalami sakit dada pada bahagian kiri sejak 3 minggu yang lalu. Rasa mencucuk. Kadang rasa pada waktu aktif, kadang kalau tak aktif, sekadar nak gerakkan tangan atau gerakkan badan (upper body part) pun terasa mencucuk.
Dah pernah buat ecg test dan ambil darah, tapi result ok je
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Secara umumnya gejala sakit dada yang mencucuk di bahagian dada kiri boleh disebabkan oleh:
- gangguan kardiovascular
- gangguan paru-paru (disertai masalah pernafasan)
- gangguan saraf (disertai dengan rasa sakit / pedih yang menyebar luas)
Namun, bagi individu yang berumur belasan sehingga akhir dua puluhan, ia juga lebih cenderung ke gangguan tubuh seperti:
- prinzmetal angina
- stress otot
- gangguan saraf
- kekurangan rehat
Saya menasihatkan anda untuk segera ke klinik atau hospital kembali sekiranya:
- rasa sakit berlanjutan (rekodkan durasi, intensiti dan frekuensi setiap serangan)
- mengganggu rutin harian atau kerja
- disertai gangguan lain (i.e. pitam, kejang, krem, berdebar, dll.)
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!