
Sulit
3 tahun
Sakit Dada Pada Waktu Sedang Tidur
Saya wanita umur 41tahun dan sudah berkahwin…tahun lepas saya mengalami tak cukup nafas,rasa tercekik,kerap rasa lapar,perut kembung,kerap sendawa…sudah buat pemeriksaan…Doktor mengatakan saya ada refluks…Pada tahun ini,sudah 3x saya diserang sakit dada pada pukul 4pagi…sakit sampai belakang …bila keadaan jadi sebegitu…saya akan menyapu minyak angin…akan keluar sendawa…badan akan jadi lemah dan sakit2 keesokan hari nya…saya ingin bertanya kenapa saya diserang angin sebegitu teruk…untuk makluman doktor…simptom saya skrg yg ada ialah sendawa(tapi x sekerap yg dulu)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami memahami masalah sakit dada dan sendawa yang dihadapi. Jangan risau, kami akan cuba memberikan pandangan secara ringkas tentang hal ini kepada anda.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
- Kegelisahan (Anxiety Disorders)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Asid refluks (GERD)
- Serangan jantung
- Radang paru-paru (pneumonia)
- Radang selaput paru-paru (plueritis)
- Kanser esofagus - GERD yang tidak dirawat boleh menjadi salah satu faktor, ditambah dengan gejala seperti penurunan berat badan mendadak, kesukaran menelan, batuk atau muntah berdarah serta beberapa gejala lain
Justeru, anda disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut bagi mengenai hal ini.
Kami berharap agar penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.