
izzatulilias
5 tahun
Sakit dada,sukar bernafas dan sakit pinggang belah kanan
kadang saya akan rasa macam x tenang dan sakit dada,sukar bernafas serta sakit pinggang belah kanan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada dan sukar bernafas yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot dada - akibat kecederaan atau keradangan
- Jangkitan dalam paru-paru atau kantung jantung
- Radang tulang rusuk - akibat kecederaan atau jangkitaan kuman
- Penyakit asid refluks
- Anemia -kurang hemoglobin sel darah merah
- Penyakit asma
Berkenaan sakit pinggang anda pula, ianya boleh terjadi akibat keradangan seperti batu karang atau jangkitan kuman atau masalah seperti polisistik buah pinggang. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.