
Sulit
4 tahun
Sakit dada tengah dan kahak tersekat
Saya berumur 16 tahun. Dada saya terasa sakit pada bahagian tengah saya juga pernah mengalami batuk kahak. Batuknya sudah tiada tetapi saya rasa kahak masih tersekat pada kerongkong. Apakah jenis penyakit yang saya alami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada dan batuk berkahak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus- Anda akan masih berkahak sehingga jangkitan tersebut reda
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.