Sulit
4 tahun
Sakit dalam saluran kencing
Lelaki umr35 thn…mengalami sakit dalam bahagian zakar terutama bawah kepala…sakit ini berkurang selepas membuang air kecil…saya juga merasa kulit zakar semakin menipis dan pedih…sakit kadangkala menjalar sampai ke pangkal paha…kencing juga tidak lawas dan aliran air kecil amat perlahan…sudah dapatkan rawatan tetapi tiada perubahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Abses penis
- jangkitan kelamin
- masalah saraf
- elektrolit tidak stabil
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- Kontusio penis
Memandangkan bahagian ini adalah penting buat kesihatan seksual serta reproduktiviti anda di masa depan, justeru adalah digalakkan untuk anda merujuk ke doktor agar masalah tidak bertambah teruk. Sekiranya dibiarkan dikhuatiri akan mempengaruhi kesuburan dan kualiti hubungan seksual anda.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































