izzatyadnan03
3 tahun
Sakit di bahagian belakang kiri bila bernafas
Hi Dr. Saya student berumur 20 tahun. Lately ni saya kerap mengalami sakit belakang bila menghirup udara… Belakang badan sebelah kiri terasa mencucuk menyebabkan saya tidak dpat menarik nafas sepenuhnya. Adakah ini disebabkan saya terlalu lama duduk di kerusi kerana mengulangkaji atau tidak mendapatkan tidur yg berkualiti atau terlalu stress atau mungkin ini adalah suatu penyakit?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia)
- trauma
- masalah jantung (radang jantung)
- ketegangan otot
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.




































