
farahain1231
2 tahun
Sakit di bahagian kerongkong dan dada
Salam sejahtera.
Berkaitan dengan masalah kesihatan, saya merasa seperti ada sesuatu di kerongkong. Ia tidaklah merasa sakit, tetapi sangat tidak selesa untuk menelan. Untuk makluman Dr. juga, sudah 3 hari saya mengahadapinya. Kekadang terasa sakit juga di bhg dada.
Boleh Dr. jelaskan apa sebenarnya masalah saya ni.
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami
Menurut penerangan anda, anda mungkin menghidap jangkitan saluran pernafasan yang turut melibatkan kerongkong anda. Anda mengalami rasa tersekat di kerongkong dan rasa pedih kerana keradangan kerongkong anda yang boleh disebabkan oleh jangkitan yang sama dengan selsema anda.
Kebanyakkan jangkitan sebegini adalah berpunca daripada virus. Kebanyakkan sakit tekak adalah tidak serius dan boleh bertambah baik dalam masa seminggu. Jadi anda perlu memastikan selsema anda dirawati dan sakit tekak ini juga akan berpulih. Sakit tekak boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus. Selain daripada selsema, sakit tekak juga merupakan simptom bagi beberapa kondisi lain seperti tonsillitis, laryngitis, strep throat, demam glandular, alahan dan GERD (gastroesophageal reflux disease).
Anda boleh menggunakan beberapa langkah-langkah untuk mengurangkan sakit tekak dan demam anda. Anda boleh mengambil paracetamol ataupun NSAIDs untuk mengurangkan demam dan kesakitan anda. Minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi. Makan makanan yang sejuk dan senang ditelan. Elakkan merokok dan berada di tempat yang berasap rokok. Anda juga boleh berkumur dengan air masin yang suam. Untuk mengurangkan sakit tekak, anda juga boleh menghisap lozenges ataupun ketulan ais. Harap saya menjawab soalan anda.
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.