Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian nipple
Saya seorang lelaki. Sejak sebulan ini, nipple saya terasa sakit tetapi tidak begitu sakit sangat. Bila dibandingkan terdapat ketulan hnya dibahagian bawah nipple saya. Adakah ini kanser atau penyakit lain. Boleh terangkan secara detail tak.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang lelaki boleh mendapat sakit di bahagian dada dan puting, antaranya:
- Sista buah dada (breast cyst)
- Ginekomastia
- Ketegangan otot di bahagian dada
- Kanser payudara
- Pedih ulu hati
- Sakit jantung
- Pedih ulu hati ataupun GERD
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am. Anda masih perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Jika anda masih mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.


































