
Anonymous
6 tahun
Sakit di bahagian ovari
Saya perempuan berumur 19 tahun mempunyai masalah sakit di bahagian ovari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman pihak anda, maklumat lebih lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan untuk memberikan jawapan kepada masalah anda. Terdapat pelbagai punca sakit bagi wanita. Apabila anda menyatakan sakit di bahagian ovari, adakah anda bermaksud sakit pada bahagian tepi pinggang atau perut anda?
Terdapat pelbagai organ yang wujud di kawasan tersebut selain ovari seperti usus, buah pinggang, hati pada sebelah kanan dan limpa pada sebelah kiri. Sakit pada bahagian tersebut juga boleh berpunca daripada, otot, saraf, kulit, dan tulang.
Oleh itu, saya sarankan anda untuk mendapatkan rundingan lanjut bagi memberikan maklumat selengkapnya serta menjalani pemeriksaan dan ujian jika perlu. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.