
Anonymous
5 tahun
Sakit di dada sebelah kanan
hii doktor saya lelaki berumur 25tahun… saya buat push up semalam dah ke esokkan harinya dalam pukul 11 pagi dada saya sebelah kanan sakit macam rasa kemik sehingga susah untuk bernafas… bila bernafas rasa sesak dan sakit… bila saya gerakkan tangan kanan dada saya sakit jugak… terima kasih doktor

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
Serangan jantung / sakit jantung
Angina - terjadi apabila saluran darah ke jantung menyempit kerana pengumpulan plak kolesterol dan lemak
Pedih ulu hati - Ini merupakan tanda Gastrooesophageal Reflux Disease (GERD) di mana kandungan perut yang berasid naik ke dalam esophagus
Jangkitan paru paru
Dan sebagainya
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih