
Sulit
3 tahun
Sakit di jantung ketika berjalan jauh
Saya baru berumur 19 tahun. Saya sering berasa sakit di jantung ketika berjalan jauh, kadang kala sakit juga datang secara tiba-tiba. Saya pernah ada appointment dengan doktor pakar kulit dan dia beritahu keputusan darah yang kolestrol jahat agak tinggi. Kadang kala bahu kiri saya juga terasa sakit dah di leher sebelah kiri saya kadang kala terasa tegang dan menarik narik otot di bawah dagu dan leher sebelah kiri. Adakah saya mempunyai masalah kesihatan yang serius?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan jantung anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit di jantung ketika berjalan jauh, kadang kala sakit juga datang secara tiba-tiba, sakit bahu kiri, sakit leher sebelah kiri, ketegangan otot bawah dagu dan leher sebelah kiri. Keputusan darah anda menunjukkan kandungan kolesterol jahat yang agak tinggi. Saya faham anda berasa bimbang dengan keadaan ini, justeru saya akan memberikan maklumat berkenaanya dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, simptom-simptom yang sedang anda hadapi merupakan petanda klasik bahawa anda sedang menghidapi penyakit arteri koronari. Keadaan kolesterol yang tinggi boleh mengakibatkan saluran darah koronari yang mengelilingi jantung anda tersumbat. Di bawah adalah senarai penyakit jantung lain yang juga boleh menyebabkan berlakunya simptom di atas:
- Serangan jantung
- Keradangan jantung
- Pulmonary embolism
- Aortic dissection
- Heart failure
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar jantung kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Jantung