Sulit
3 tahun
Sakit di kemaluan dan perlukan penyelesaian
assalam doc…mggu lepas sy telah mlkukn hbgan mlm pertama bersama suami…smsa kmsukn zakar adakh normal ade sdikit bnyi smasa pmechan dara tersbut?dan darh yg kluar tu norml ke x smpai satu ari dah kering?(kbiasaan org crte 1-3 hari)keesokn harinye sy cek ade sdikit luka tjd sprti bonjolan atau mgkin kesan koyakan (xpasti)kcik di bhgian kiri bile pgg rse sakit dan apabila sy mlkukan hbgan ini kdua klinye sy msih berasa sakit di tmpt luka tsbut shgga ke bawah prot…dan dan tk dpt mmsukn zakar sbb msih trse sakit juga di bhgian dalm…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit di kemaluan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Vaginismus - keadaan di mana otot di dalam atau di sekitar faraj tertutup rapat, menjadikan seks menyakitkan atau mustahil
- Iritasi alat kelamin atau alergi yang disebabkan oleh spermisida, kondom lateks atau produk seperti sabun dan syampu
- Jangkitan - jangkitan kelamin (STI), seperti klamidia, gonorea atau herpes genital
- kekurangan gairah semasa aktiviti seksual
Untuk mengetahui rawatan untuk mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.