
Sulit
4 tahun
Sakit di perut yang berterusan dan cirit birit
A’ssalam Doktor, Saya wanita berumur 20an mengalami sakit perut sekejap-sekejap selama 3 hari berturut-turut. Diselang seli dengan cirit birit. Pagi2 akan mengalami sakit kepala dan tidak bermaya. Mohon penjelasan dari doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu sakit perut yang berterusan. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami dapat disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- jangkitan bakteria atau virus
- keracunan makanan
- Irritable Bowel Syndrome
- Inflammatory Bowel Disease : Keradangan usus
- Keradangan appendix ( appendicitis)
- gangguan saluran pencernaan yang lain
Sakit kepala dan tidak bermaya anda boleh berpunca dari gangguan perut tersebut. Namun sekiranya gejala berterusan atau bertambah, sila berjumpa doktor secepatnya.
Bagi mengetahui punca sebenar masalah anda, pemeriksaan fizikal perlu anda jalani serta untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Oleh itu saya sarankan anda berjumpa dengan doktor atau anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.