
amira.aina92
4 tahun
Sakit dibahagian bawah pusat selepas melahirkan 9 bulan lepas
Hi doktor. Saya kerap berasa sakit dibahagian bawah pusat (ari ari) selepas habis pantang melahirkan anak 9 bulan yang lepas & kerap lenguh kaki dari bahagian lutut hingga ke tumit. Bila duduk bersila @ turun dari katil sakit yang teramat sehingga menganggu waktu harian saya. Saya ada berjumpa dengan GP di klinik kesihatan & melakukan xray semuanya. Doktor cuma berikan saya ubat tahan sakit tapi sakit saya tak pernah hilang sehingga ke hari ini. Adakah saya perlu berjumpa dengan pakar sakit puan & melakukan pemeriksaan rahim?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut selepas bersalin boleh disebabkan:
- Penyakit keradangan pelvik
- Trauma pada rahim
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall). Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Mempunyai masalah berkaitan hal wanita? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!