Anonymous
6 tahun
Sakit gastrik diikuti sembelit
saya wanita 40tahun, alami sakit perut kerana gastrik hari khamis yang lalu, dalam masa yang sama ada alami sembelit dah 3 hari tidak ke tandas. saya dah pergi klinik, dr bagi ubat magnesium sirap, buscopan dan dr minta saya terus ambil lactul yg sedia ada malamnya saya demam panas dan setiap 2jam bangun, minum air, tapi tekak pahit. esok pagi hari jumaatnya sememtara tunggu dr smpai klinik , saya dah mula ke tandas,dalam 4x. dalam jam 1030 pgi saya pergi klinik, dr bgtau saya demam panas sikit, perut banyak angin, ,dr ada bekalkan ubat antibiotik, panadol, ubat selsema siang dan malam, ubat sembelit tocoma.
saya nak tahu mengapa sakit perut saya masih ada lagi. ia masih dtg dlm kekerapan 20-30 minit… dan bergantung pada relaks atau tidak… dan masih lagi ke tandas dan najis keluar cair… apakah ini masih simptom gastrik… atau simptom sakit lain
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan sejarah kesihatan yang anda berikan, masalah yang anda alami boleh disebabkan:
- Terlalu banyak ubat sembelit disamping asid dari gastrik perut yang menyebabkan usus anda tidak selesa dan bertindak untuk membuang asid serta najis didalamnya
- Jangkitan kuman dalam usus - disebabkan sembelit yang anda alami, kuman mula membiak dan menyebabkan anda mula demam dan sakit perut
- Penyakit Iritasi Usus - selang antara sembelit dan cirit-birit
Sekiranya gejala-gejala yang anda alami ini berlarutan serta memudaratkan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























