Sulit
2 tahun
Sakit gigi yang berlarutan
Saya sakit dlm beberapa bulan ni…semakin lama semakin sakit…perlukah saya tampal atau cabut sahaja
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah sakit gigi yang berlarutan dalam beberapa bulan ini. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman anda, kondisi yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Tidak menjaga kebersihan gigi
- Terdapat sisa makanan yang tersangkut pada gigi
- Teknik berus gigi yang salah atau memberus dengan kasar
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh punca yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan pada akar gusi
- Tampalan tercabut atau telah pecah; perkara ini boleh terjadi dan adalah normal
- Jangkitan pada bahagian gusi ( gingivitis )
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.