
Sulit
5 tahun
Sakit kaki di bahagian atas tumit
Saya berumur 23 tahun. Sejak mengambil ubat tb dari bulan 10, saya agak lawas untuk membuang air besar. Setiap hari atau selang sehari mesti buang air besar berbanding sebelum mengambil ubat. Dimana sebelum ini, seminggu sekali pun susah nak membuang air besar. Saya membuang air besar menggunakan tandas cangkuk dan mengambil masa dalam 30minit untuk membuang. Mungkin atas sebab ini kaki saya di bahagian kenting(atas tumit kaki) rasa sakit dah 3minggu. Saya dah letak minyak tapi x berkurang juga. Skrg rasa sakit tu naik sampai betis (kenting hingga betis). Kenapa dan cara rawatnya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang tendon tumit
- trauma
- ketegangan otot
- otot terseliuh
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.