Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit kencing kotor berulang2

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 9, 2021 3:32 AM

Sulit 37 hari

saya wanita 37 tahun. baru baru ni saya kerap terkena kencing kotok, dan sudah 2 kali jumpa doktor dan diberi antibiotik. skrg saya masih mengalami sakit kencing,apa yang saya perlu buat doktor?

Dr Sashini Seeni 37 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:

  • Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
  • Karang dalam salur kencing
  • Jangkitan kelamin ( sexually transmitted infection )

Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Ubat dan rawatan hanya akan diberikan setelah pemeriksaan menyeluruh dilakukan terhadap anda.

Sila bertemu dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:

  • Demam
  • Kencing berdarah atau bercampur nanah
  • Air kencing berbau busuk
  • Sakit dan kerap membuang air kecil
  • Kencing tidak lawas
  • Sakit perut atau ari-ari
  • Sakit kepala
  • Loya dan muntah

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri Apr 09 2021 03:32:37 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang masalah kencing secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19