
afifah9595
6 tahun
Sakit kepala bahagian kiri
Saya wanita 39 yo.mengalami sakit kepala di bahagian kiri kepala.Sakit sekejap2 jer. HB saya 9.9…adakah ni penyebab sakit kepala?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Menurut soalan anda, saya mengesyaki bahawa anda mengalami penyakit migrain.
Untuk menjawab soalan anda, kita perlu mengetahui jenis-jenis migrain. Terdapat beberapa jenis migraine yang telah dikenalpasti. Dua kategori yang terbesar ialah:
- Migrain tanpa aura: Simptom yang selalu dialami ialah sakit kepada pada sebelah bahagian sahaja (70-80% daripada orang yang mengalami migrain mengalami jenis ini)
- Migrain dengan aura: Sakit kepala dan simptom neurological seperti gangguan penglihatan, pendengaran dan bau (20-25% orang mengalami jenis ini)
Mengikut simptom anda, anda hanya mempunyai simptom sakit kepala. Besar kemungkinan anda mengalami migrain tanpa aura. Walaupun punca migrain tidak dikenalpasti, terdapat beberapa pencetus migrain yang boleh menyebabkan berlakunya migraine.
Antara pencetus migraine ialah cara pemakanan yang kurang sihat, persekitaran yang berasap rokok, cahaya terang atau berkelipan, psikologi yang murung, cemas, marah, ubat-ubatan dan lain-lain. Migrain ialah satu penyakit yang boleh dikawal.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!