Sulit
6 tahun
Sakit kepala, berat badan
1.Sejak bulan kalau tidak silap, saya sering mengalami pening kepala dan apabila dirujuk ke farmasi, saya cuma diberikan synflex. Bahagian kepala yang sakit pula kedua-dua belah kanan dan kiri kadang-kadang salah satu belah sahaja. Apakah pendapat doktor?
2.Saya berhasrat untuk menurunkan berat badan dengan workout dan cara mengurangkan porsi makan. Apakah kesan sekiranya saya hanya makan sekali atau dua kali sehari dengan jumlah nasi 1/4 bahagian pinggan.
Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Bagi masalah kedua, cara-cara u tuk mengurangkan berat badan adalah dengan mengamalkan senaman secara berkala, mengambil makanan dalam keadaan kalorie yang kurang (calorie defisit) dan mengurangkan pengambilan gula serta karbohidrat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































