
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala, berat menurun, kaki dan tangan kebas, perut berdenyut
Sy wanita berusia 28 tahun dan mempunyai seorang anak. Saya melahirkan anak saya secara caesarian. Kebelakangan ni sy sering merasa sakit kepala, kemudian berat badan sy jugak semakin menurun. Kadang kadang, perut sy seperti berdenyut dan kaki serta tangan sy mudah kebas. Otot kaki sy selalu sakit terutama apabila hendak tidur malam. Saya pernah ambil suntikan perancang. Jadi sy ingin tahu , apakah masalah kesihatan sy yg sebenar? Sy risau kerana anak sy masih kecil jika sy ada masalah kesihatan yg serius. Terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh anda. Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Terdapat dua jenis sakit kepala:
- primer (majoriti) iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala ketegangan
- sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal dan luar tengkorak (glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran).
Oleh sebab anda, mempunyai faktor risiko seperti pengambilan suntikan perancang dan pelbagai gejal gejala yang tdak spesifik anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca yang sebenarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.