Sulit
5 tahun
Sakit kepala berdenyut sehingga belakang leher
Doctor. Saya berumur 23 tahun. Kebelakangan ini saya kerap mengalami sakit kepala selepas bangun daripada tidur. Sakit kepala ni hanya berlaku di dahi dan belakang leher sahaja. Rasanya berdenyut2. Saya juga bekerja sebagai courier delivery, setiap hari saya terdedah dgn kepanasan cahaya matahari. Selain itu, saya juga ada penyakit seperti asthma. Kdg2 terasa seperti susah bernafas. Apabila sakit kepala, saya juga kerap rasa mual tapi belum muntah. Mulut terasa agak pahit. Bibir saya kering dan merekah juga. Saya seorang perempuan, berat 95kg dan tinggi 154cm.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit kepala berdenyut. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak penyebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor, seperti:
- Gangguan stress dan emosi
- Kurang rehat atau tidur
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
Kebiasaan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media .
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh.
Akan tetapi, jika masalah sakit kepala masih berlarutan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna, terutamanya jika sakit kepala bertambah berat atau ditambah gejala lain yang semakin mengganggu anda. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .


































