Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit kepala berdenyut setiap 2 minit

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 13, 2020 2:45 AM

Sulit 57 hari

Saya wanita dalam 30 an…sakit kepala dari semalam di belkang keala sebelah kiri dekat dengan telinga…rasa berdenyut…tapi denyutan setiap 2 minit…sakit s

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 57 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.

Akan tetpai, sakit kepala merupakan gejala yang sangat lazim berlaku dan kebiasaannya ia tidak merujuk kepada masalah yang serius.

Sekiranya masalah ini diiringi dengan gejala seperti di bawah, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Antaranya:

  • Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
  • Pandangan kabur
  • Pitam
  • Sawan
  • Muntah pada waktu pagi
  • Hilang berat badan mendadak

Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sementara itu, anda boleh mengambil ubat paracetamol untuk mngurangnkan rasa sakit anda. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed May 13 2020 02:45:52 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
nurainimohsin.97
Sakit kepala mencucuk 4-5 saat saya wanita berusia 23 tahun. disini saya mempunyai 2 soalan. soalan pertama ialah, pada hari biasa di mana sy tidak mengalami apa-apa sakit, kadang kala tiba tiba saya rasa sakit mencucuk dikepala ha… Baca lagi...
21 hari
Sulit
Saya mengalamai sakit kepala setiap malam dan kadang-kadang ia menganggu tidur saya kerana sakit yang teramat dan berdenyut di dalam kepala Isaya gadis berumur 20 tahun mengalami masalah sakit kepala setiap malam dan saya terpaksa tidur awal. Namun kadangkala sakit kepala itu semakin parah apabila terdapat hari-hari yang saya tidak … Baca lagi...
35 hari
Sulit
Kepala pening berdenyut2 Sye umr 30thn…kdang2 sye bnyk berfikir…dan kepale sye selalu pening…tetapi bila sye rehat 1hri pening sye hilng Baca lagi...
21 hari
Sulit
Pening kepala,melilau,nampak suma bergerak Kepala saya pening melilau…suma benda nampak bergerak…nk tdo x selesa.b.agun pn x selesa…apa punca masalah sya ni… Baca lagi...
23 jam
Sulit
Otot selalu bergerak@bergetar seluruh badan dan pening kepala Saya sering pening kepala dan otot sering bergetar … bulan 12 tahun lepas saya ade excident bahagian kepala dan dot jahitan … adakah berpunca dari itu Baca lagi...
13 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi